Pemberian wang kerana berurusan dengan pembekal

SOALAN

Saya telah ditugaskan untuk membeli beberapa perkakasan ditempat kerja. Oleh itu saya telah menghantar surat untuk mendapatkan sebut harga kepada beberapa pembekal. Daripada beberapa pembekal tersebut, hanya satu pembekal sahaja yang memberi maklum balas. Oleh kerana tiada pilihan lain maka saya telah bersetuju dengan harga seperti yang telah dinyatakan oleh pembekal yang memberi respon tersebut. Biasanya jika ada ramai pembekal, saya akan memilih pembekal yang memberikan harga yang lebih muarh bagi barangan yang sama. Setelah beberapa lama, perkakasan tersebut dihantar dan pembekal telah memberikan saya sedikit wang sebagai tanda terima kasih kerana berurusan dengannya. Bolehkah saya terima wang tersebut?

Jawapan

Pemberian tersebut boleh diterima sebagai hadiah, walaubagaimanapun lebih baik kalau pembekal tersebut menyumbangkan wang itu ke Badan-badan kebajikan seperti rumah-rumah anak yatim dan lain-lain. Dengan ini saudara dapat mengindarkan diri dari perkara syubhat.

 

Sumber: JAIS

Tags: ,

No comments yet.

Leave a Reply

Connect with Facebook

Read more:
Tips Menghafal Al-Qur’an Oleh : Syaikh Wahid Abdussalam Bali

Sila hayati tip dan cara-cara menghafal Al-Quran oleh Syeikh Wahid Abdul Salam [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=c18G1aJmPq4[/youtube]

Close
85 queries in 0.879 seconds.