Hubungan Manusia Dengan Haiwan

buat baik pada haiwan

 

Bersama-sama dengan manusia, tuhan menjadikan binatang yang juga makhlukNya Firman Allah:

“Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan.” Al An’am 38

Jelas dari ayat di atas menunjukkan binatang juga diberi penilaian dan haknya. Dengan itu manusia juga mempunyai tanggungjawab terhadap haiwan.

Antaranya:

1. Memberinya makan dan minum bila diperlukan. Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

2. Mengasihani binatang. Sabda Rasulullah apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka: “Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran.” Mutafaq ‘alaih

3. Janganlah menyiksa haiwan ketika menyembelihnya atau membunuhnya. Sembelihan hendaklah dengan pisau yang tajam.

4. Janganlah menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah:”Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah”. Riwayat Bukhari

Bagaimanapun, dibenarkan membunuh binatang yang menyakiti manusia atau yang menimbulkan bahaya kepada manusia. Tetapi pembunuhan itu hendaklah dengan cara tidak menyiksanya.

Tags: , ,

One Response to “Hubungan Manusia Dengan Haiwan”

  1. nonaayh December 5, 2012 at 9:59 am #

    jiran sy membela benyak kucing . bau najis haiwan tersebut terlalu busuk hingga menganggu selera makan saya. apa hukumnya ?

Leave a Reply

Connect with Facebook

Read more:
Kena Mandi Wajib ke Tidak?

Saya ada sedikit kemusykilan dan ingin bertanyakan kpd Panel² Feqh..saya br jer berkahwin,pertanyaan saya disini ialah perlu ke saya & isteri mandi wajib jika saya hanya menekan kepala...

Close
88 queries in 0.917 seconds.